Sunday, June 28, 2009

Sembang RLM 6

1. Minggu ini adalah merupakan minggu ke 9 RLM dijalankan.

2. Mungkin pelajar-pelajar yang telah beberapa kali dicerap oleh pensyarah dan guru pembimbing dapat berkongsi pengalaman dengan rakan pelajar yang lain.

3. Bagi pelajar yang belum dicerap oleh guru pembimbing di sekolah, sila mohon kerjasama mereka untuk mula mencerap anda mengajar kerana RLM hanya tinggal 2 minggu lagi.

3. Sila maklumkan kepada pensyarah anda jika sekiranya ada sebarang perubahan jadual waktu.

6 comments:

  1. NOR AISAH BINTI AYUP (104000)
    SMK HAMZAH, MACHANG

    Alhamdulillah segala-galanya telah dilaksanakan pada minggu lepas. Guru pembimbing telah mencerap saya sebanyak tiga kali. Dua kali untuk subjek Bahasa Melayu dan sekali untuk subjek Pendidikan Moral. Nampaknya tiada apa-apa masalah sewaktu p&p berlangsung. segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan oleh guru-guru SMK HAMZAH akan saya gunakan untuk bekalan masa hadapan...ibarat kata pepatah 'ilmu tak kan datang kalau tak dicari..' dalam konteks ini, di sinilah pencarian ilmu untuk bekalan seorang guru...

    ReplyDelete
  2. hari ini saya telah di observe buat kali ketiga.. alhamdulilah kerana semuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang, malah pelajar-pelajar saya juga memberikan kerjasama yang amat baik serta guru-guru yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya..

    ReplyDelete
  3. Hati mula terasa sayu apabila teringatkan hanya ada 2 minggu lagi praktikal di sekolah.. dua minggu lagi semuanya akan berakhir.. anak-anak murid akan ditinggalkan untuk meneruskan perjuangan di kampus.. sedihnya untuk berpisah kerana ukhwah yang terbina telah sebati di hati..

    ReplyDelete
  4. NORAFIDA(103091)
    SMK HAMZAH,MACHANG
    Sepanjang 9 minggu menjalani kehidupan sebagai seorang guru praktikum, banyak pengalaman berharga yang telah saya perolehi.Semuanya mengajar saya tentang erti sebenar sebagai seorang guru. Bukan mudah untuk mendidik.Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi.Kesabaran yang menjadi perkara utama dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.

    ReplyDelete
  5. NORAFIDA(103091)
    SMK HAMZAH
    Salam En.Hasnan...Pertama sekali jutaan kemaafan buat En.Hasnan kerana saya jarang memberi komen dalam blog ni.Bukan apa,kesibukan amat membataskan saya untuk memberi komen. Insyaallah, saya akan sentiasa memberi perhatian dan memberikan komen dalam blog ni...

    ReplyDelete
  6. Nazihah Bt.Mohd Nasir
    SMK HAMZAH

    lama tak tulis komen...so far semua ok lah buat masa ni...bolehlah...tak sabar nak kembali ke UUM tamatkan praktikum ini.tapi apapun terlalu banyak pengalaman berharga yang dikutip..

    ReplyDelete