Wednesday, July 8, 2009

Selamat Kembali ke Kampus UUM

Norhaya & Haslina
(Kenangan di SMKA Melor, Kelantan)
.
Rancangan Latihan Mengajar (RLM) bagi sesi 2009 akan tamat beberapa hari lagi.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat kembali ke UUM untuk meneruskan pengajian. Sementara itu, bagi pelajar yang akan tamat pengajian, saya ucapkan selamat bergraduat dan menunggu penempatan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sunday, July 5, 2009

Sembang RLM 7

Minggu ini adalah minggu ke 10 iaitu minggu terakhir RLM 2009.

1. Pastikan semua latihan yang diberikan pada pelajar disemak sebelum meninggalkan sekolah.

2. Buku-buku teks atau peralatan yang dipinjam dari pihak sekolah, pastikan anda pulangkan.

3. Jumpa Pengetua/Pen. Kanan, Guru Pembimbing, Guru-Guru serta pelajar untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasanma yang diberikan sepanjang tempoh menjalani RLM.

4. MINTA DARI GURU PEMBIMBING, semua borang pencerapan, borang berkaitan maklumat guru pembimbing dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Sila rujuk buku panduan RLM. Pastikan sampul surat digam.

5. SERAHKAN SAMPUL SURAT INI Kepada Pejabat AM Bahagian Pendidikan, UUM CAS sekembalinya anda ke kampus UUM.


Raja Siti Nor Saadah di SMK Kok Lanas, Kelantan

Thursday, July 2, 2009

Buku Latihan Pelajar

Minggu depan ialah mingu ke 10 RLM. Sila pastikan semua latihan yang anda berikan kepada pelajar disemak.


Mengajar 'power point' kepada pelajarnya di makmal ICT

Norhaya Baharuddin
SMKA Melor, Kelantan

Tuesday, June 30, 2009

Tinjauan RLM 2009 - 3

Rakan RLM di SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak sedang membimbing pelajar kelas 4A1 menbina ayat menggunakan kata adjektif.


Siti Norizan bt Mat Daud
.
*Jika anda ada foto dan ingin berkongsi dengan rakan RLM, sila e-melkan kepada saya untuk dimuat naik dalam blog 'myRLM'.

Sunday, June 28, 2009

Sembang RLM 6

1. Minggu ini adalah merupakan minggu ke 9 RLM dijalankan.

2. Mungkin pelajar-pelajar yang telah beberapa kali dicerap oleh pensyarah dan guru pembimbing dapat berkongsi pengalaman dengan rakan pelajar yang lain.

3. Bagi pelajar yang belum dicerap oleh guru pembimbing di sekolah, sila mohon kerjasama mereka untuk mula mencerap anda mengajar kerana RLM hanya tinggal 2 minggu lagi.

3. Sila maklumkan kepada pensyarah anda jika sekiranya ada sebarang perubahan jadual waktu.

Thursday, June 18, 2009

Perjumpaan Pelajar RLM Zon Kelantan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Ketua Zon Kelantan akan mengadakan perjumpaan untuk semua pelajar RLM di negeri Kelantan pada :

Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)

Jam : 3.30 petang

Tempat : hadapan Hotel Ansar, Kota Bahru. (tentatif)

Rakan RLM
:
Bersama Che Mohamad Norezlan dari SMK Mulong, Kelantan

Tuesday, June 16, 2009

Tinjauan RLM 2009 - 2

Raja Siti Nor Saadah

Nurul Nor Diana
SMK Kok Lanas, Kelantan.

Nurul Nor Diana sedang menerangkan sesuatu kepada kelas semasa aktiviti kumpulan sedang dijalankan. Di kelas yang lain pun , Raja Siti Nor Saadah sedang mengendalikan aktiviti kumpulan bersama pelajarnya.

Monday, June 15, 2009

Tinjauan RLM 2009 - 1


Bersama Norhaya dan Roslina di SMKA Melor, Kelantan.

Dengan penuh yakin, Norhaya sedang melakukukan peneguhan untuk pelajarnya. Sementara di kelas yang lain, Roslina sedang mengendalikan aktiviti kumpulan. Jika anda ada foto RLM untuk dikongsikan bersama di blog 'myschool' ini, sila e-mel kepada nan1184@uum.edu,my

Sunday, June 14, 2009

Sembang RLM 5

1. Selamat kembali menjalani RLM semula setelah bercuti selama 2 minggu.

2. Sudah pastinya ramai pensyarah yang akan datang untuk mencerap anda pada minggu ini dan minggu-minggu akan datang.

3. Anda tentu sudah bersedia dan yakin untuk mengajar sekarang kerana telah 4 minggu berada disekolah, Pastiya perbincangan dengan rakan-rakan dan guru-guru pembimbing telah menambah pengalaman dan kenyakinan untuk mengajar.

4. Sila ajak rakan anda untuk menyertai blog 'myschool' ini dan seterusnya mendaftar di ruangan 'follower'.

Thursday, May 28, 2009

Sembang RLM 4.

Pelajar RLM sekelian,

1. Selamat bercuti.
Ada yang terlalu gembira seperti yang ditulis dalam 'Sembang RLM 3.'

2. Pastikan borang penilaian untuk Guru Pembimbing telah ada. Pihak Bahagian Pendidikan UUM CAS telah pun menghantar borang-borang berkenaan kepada pihak pengetua sekolah.

3. Kemaskini Buku Rekod Pengajaran anda.




Selamat Bercuti

Kepada semua pelajar RLM UUM 2009,

Selamat bercuti selama 2 minggu.

Setelah 4 minggu menjalani RLM sekolah akan bercuti selama 2 minggu. INGAT, anda ada 4 minggu lagi untuk meneruskan RLM ini.

Untuk peringatan, jika pensyarah anda belum lagi ke sekolah tempat anda mengajar maka selepas cuti nanti beliau akan mencerap anda selama 4 kali. Agaknya, dalam masa 4 minngu yang lalu anda semua telah dapat menimba serba sedikit pengalaman mengajar.

Sementara itu, ada pensyarah yang telah dapat untuk mencerap anda dalam 4 minggu pertama yang lalu. Jadikan komen dan nasihat beliau sebagai panduan untuk terus berjaya.

Pelajar sekalian boleh menggunakan ruang ini untuk menyampaikan ucapan kepada rakan RLM.

SELAMAT BERCUTI.

Tuesday, May 26, 2009

Surat Penempatan RLM ke Sekolah

SEGERA

Semua pelajar RLM,

Saya masih lagi menerima aduan bahawa pihak sekolah masih belum menerima surat penempatan rasmi RLM dari Bahagian Pendidikan UUM CAS.

Jika sekolah anda masih belum lagi menerima surat berkenaan, sila respon dalam blog ini supaya tindakan susulan dari Pejabat Am, Bahagian Pendidikan boleh diambil dengan segera.

Sekian, terima kasih.


Hasnan Hassan
UUM CAS-Education

Sunday, May 24, 2009

Guru Pembimbing

Terima kasih kepada para pelajar yang bertanya berkaitan Guru Pembimbing.

1. Guru Pembimbing disekolah ialah guru yang kelas/mata pelajarannya anda ganti/ambil untuk tujuan RLM.

2. Jika mengajar 2 subjek dari guru yang berlainan (eg. Cikgu A utk Matematik dan Cikgu B utk Teknologi Maklumat) maka anda ada 2 orang guru pembimbing.

3. Jika mengajar 2 subjek dari guru yang sama (eg. Cikgu C utk Matematik dan Teknologi Maklumat) maka anda ada hanya 1 guru pembimbing sahaja.

4. Sekiranya, tiada ada surat atau maklumat tentang peranan guru pembimbing, pelajar sekalian perlu menerangkan pada guru pembimbing masing-masing. Sila rujuk buku panduan RLM yang dibekalkan kepada semua pelajar.

5. Pensyarah anda dari UUM akan bertemu guru pembimbing untuk memberi beberapa dokumen/penerangan tertentu kepada guru pembimbing semasa lawatanya ke sekolah anda nanti.

6. Jika masih kurang jelas, hubungi pensyarah atau ketua zon RLM anda.

Sekian.

Hasnan Hassan
Bahagian Pendidikan
UUM CAS
nan1184@uum.edu.my

Saturday, May 23, 2009

Sembang RLM 3

Minggu ini ialah merupakan minggu yang ke 4 RLM.

1. Banyak sekolah telah atau sedang mengadakan peperiksaan pada minggu lalu dan minggu ini. Jadi, pada kebiasaanya pensyarah tidak akan melawat anda disekolah pada minggu ini. Pastikan Buku Rekod Pengajaran ini telah dikemaskini. Semua maklumat telah diisi, foto anda telah dilekatkan, sukatan pelajaran telah ada dan berbagai-bagai lagi yang perlu disiapkan.

2. Kepada pelajar yang belum mendaftar menjadi ahli 'myschool', silalah mendaftar. Panduan untuk mendaftar telah dipaparkan dalam blog ini. Bagi pelajar yang telah mendaftar saya ucapkan terima kasih.

3. Sila tulis nama, no. matrik dan nama sekolah anda apabila menyertai blog ini. Jika tidak ditulis maklumat ini maka sukar untuk dikesan jika sekiranya anda memohon sesuatu.

3. Bagi pelajar yang bertanya tentang aktiviti luar sekolah, maklumat terkini akan saya paparkan setelah saya dapatkan dari Pengerusi Bidang Pendidikan.

4. Untuk makluman, blog yang terkini biasanya yang paling atas sekali apabila anda membuka laman blog 'myschool'. Kliklah perkataan komen yang terletak dibawah blog terkini untuk berkongsi maklumat, bertanya soalan atau lain-lain perkara.

5. Pastinya minggu depan, anda semua tertunggu-tunggu - cuti sekolah selama 2 minggu.

Hingga Jumpa Lagi

Hasnan Hassan
UUM CAS - Bahagian Pendidikan

Pendaftaran 'member' blog myschool

Pertama sekali, terima kasih kerana mengikuti blog 'myschool' ini. Walau bagaimanapun, ramai pelajar yang mengikuti blog ini tetapi belum mendaftar menjadi 'member'. Jumlah ahli/member blog ini sehingga kini hanya 68 sahaja.

Bila lagi pelajar-pelajar yang lain akan turut mendaftar?

Langkah untuk mendaftar menjadi ahli blog ini.

1. Sila ke ruangan Follower di sebelah kanan (bawah) skrin ini.
Ada banyak foto rakan anda.
2. Klik sign in.
3. Selepas itu, klik samada untuk menggunakan yahoo, google atau lain-lain akaun
4. Isikan username
5, Isikan password
6. masukkan nama anda, add foto anda dan klik follow publicly
7. Akhir sekali klik follow this blog

Setelah selesai, foto anda akan tersenarai dalam Follower,

Selamat mencuba dan selamat menjadi ahli blog "myschool" ini.

Sunday, May 17, 2009

Sembang RLM 2

Minggu ini adalah minggu ketiga RLM.

1. Terima kasih kepada yang telah turut serta dalam blog ini. Mungkin pada minggu ini lebih ramai pelajar RLM akan turut serta dalam blog ini. INGAT - TULIS NAMA, MATRIK dan NAMA SEKOLAH anda. Hanya untuk tujuan rekod sahaja.

2. Kita telah membaca tentang rakan-rakan pelajar RLM di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan TAPI masih belum ada cerita dari rakan pelajar di negeri TERENGGANU. Hello! Apa khabar? Ada ke Internet di sekolah mereka ini?

3. Ada pensyarah dari CAS UUM telah pergi menyelia pelajar RLM di beberapa tempat dan negeri. Mungkin pelajar -pelajar ini boleh berkongsi pengalaman di ruang blog ini tentang ulasan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan!

4. Ramai pelajar yang mahukan cara atau panduan untuk mengawal kelas. Saya akan cuba mendapatkan pensyarah tertentu dari bidang Pendidikan CAS UUM untuk membicarakan hal ini. Mungkin pelajar-pelajar mahu berkongsi pengalaman yang telah mereka tempohi dalam tempoh dua minggu yang lalu di ruangan blog ini!

Sekian, hingga bertemu lagi.

Jom Blog

Terima kasih kepada para pelajar RLM yang telah turut serta menjayakan blog ini.
Ada pelajar yang hanya melawat/membaca blog ini dan ada juga yang turut serta dalam memberi respon kepada sesuatu isu dalam blog ini.

RLM telah masuk minggu ketiga dan saya berpendapat bahawa pelajar sekelian telah dapat menyesuaikan diri dengan tugas harian sebagai seorang guru pelatih. Sehubungan itu, pihak RLM berharap agar lebih ramai lagi pelajar yang turut serta dalam ruangan blog ini.

Langkah untuk memberi respon dalam blog ini:
1. Klik pada 'comments'
2. Satu kotak (dialog box) akan keluar. Tulis pertanyaan/respon/dlln.
INGAT tulis nama, matrik dan nama sekolah anda
3. Klik 'select profile'
a. Google Account - bagi yang ada e.mail google
b. Name/URL - bagi yang ada URL friendster, facebook, dlln
(mesti ingat URLnya eg http://www/. ................)
c. Anonymous (yang paling mudah)
d. Profile lain - biarkan kerana anda tidak terlibat
(*Pilih satu profile sahaja)
4. Klik 'post a comment' - dan taipkan word verification
5. Klik 'finish '
6. Jika berjaya - ayat 'Your comment was published" akan keluar

Jika tidak berjaya - sila ulangi langkah 4 dan 5 semula

Selamat berjaya kepada yang pertama kali mahu menyertai blog ini !

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat Hari Guru kepada semua guru pelatih
CAS UUM 2009.
.
Sajak untuk guru:
.
Berburu kepadang datar,
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
.
Jika hari ini seorang Perdana Menteru berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta
Jika hari ini Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mula
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
(Usman Awang, 1991)
.
Klik disini untuk maklumat dan lagu Guru Malaysia .

Thursday, May 14, 2009

Buku Rekod Pengajaran

Sila pastikan rancangan pengajaran mingguan disiapkan pada hari khamis (Kedah, Kelantan, Terengganu) dan hari jumaat (Perlis, Pulau Pinang,Perak) serta rancangan pengajaran harian untuk hari pertama minggu berikutnya (ahad atau isnin)

Kebiasaannya guru-guru akan menyerahkan Buku Rekod Pengajaran ke Pejabat Am untuk disemak dan ditanda tangani oleh Pengetua atau Pen. Kanan pada hari terakhir persekolahan setiap minggu.

Buku Rekod Pengajaran guru pelatih juga akan disemak oleh pihak sekolah. Sila tanya Pen. Kanan sekolah anda berkenaan hal ini.

Hasnan Hassan. CAS UUM

Monday, May 11, 2009

Sembang RLM 1

Berikut adalah beberapa pertanyaan dari para pelajar:

1. Saudari Nazihah bertanyakan tentang surat rasmi dari UUM.
Mengikut sumber dari Pejabat Am Bidang Pendidikan, surat-surat telah diposkan kepada pihak sekolah. Kemungkinan dalam perjalanan. Sila berikan nama sekolah tempat anda ditempatkan untuk pihak pejabat menghantar faks, jika surat masih belum diterima lagi.
Jangan lupa tuliskan nama, no matrik serta nama sekolah bila menyertakan blog ini.

2. Bagaimana nak menjadi ahli blog ini.
Senang aja. Klik di 'follower' di halaman sebelah kanan blog ini dan ikut langkah seterusnya. Sediakan gambar atau grafik untuk 'diuploadkan'.

3. Buku Rekod Pengajaran (BRP) yang baru agak nipis berbanding buku lama.
Saya akan cuba dapatkan En. Ramli selaku Penyelaras RLM CAS UUM untuk memberi respon tentang perkara ini.

4. Bagaimana untuk menghilangkan rasa gementar dan mengawal kelas.
Hari pertama masuk kelas mungkin rasa gementar tetapi setelah seminggu dah rasa ok. Guru mesti tegas semasa memberi arahan-arahan tertentu bagi mengawal murid-murid dalam kelas. Untuk persoalan ini , saya akan dapatkan pensyarah tertentu untuk berkongsi pendapat serta memberi panduan.

Sekian, hingga bertemu lagi.

RLM Minggu Pertama

Minggu pertama RLM 2009 telah berlalu. Pastinya banyak perkara yang menarik telah berlaku sepanjang seminggu di sekolah tempat anda ditempatkan.

Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan pihak sekolah terutamanya Pengetua atau Penolong Kanan, guru-guru serta murid-murid. Apa kata kita kongsikan bersama pengalaman anda di ruang blog ini.

Ada beberapa perkara yang perlu diingatkan :

1. Sila tulis nama, no matrik serta nama sekolah anda mengajar setelah menulis komen.

2. Daftarlah diruangan 'follower'. Pastikan anda bersedia dengan photo atau grafik untuk "diuploadkan"

3. Semasa taklimat RLM dahulu, pelajar diingatkan supaya menghantar komen sekurang-kurang sekali seminggu.

Jika ada apa-apa soalan sila tuliskan dalam blog ini dan saya berserta rakan-rakan pensyarah di Bidang Pendidikan, CAS UUM akan cuba menjawabnya

Selamat Menjalani RLM

Hasnan Hassan
Bidang Pendidikan
CAS UUM

Friday, April 24, 2009

Selamat berjaya daripada Naib Canselor

PROUUM ONLINE : Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar. Doa saya dari jauh semoga semua berjaya.

Salam

Nordin Kardi
Naib Canselor. UUM

Sumber : Pejabat Perhubungan Awam UUM (23/4/2009)

Tuesday, April 7, 2009

Taklimat Rancangan Mengajar


Taklimat kepada pelajar yang akan menjalani RLM mulai bulan Mei 2009 ini.



Sunday, April 5, 2009

Atur Cara Taklimat RLM

Atur Cara Taklimat RLM - 7 April 2009.

8.30 - 8.45 Pendaftaran
8.45 - 9.15 Ucapan Alu-Aluan
9.15-10.00 Taklimat Umum Rancangan Latihan Mengajar
10.00-10.15 Rehat
10.15- 11.00 Buku Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran
11.00 - 11.30 Bimbingan dan Penilaian
11.20 - 12.00 Etika dan Keselamatan
12.00 - 12.50 Sesi Soal Jawab
12.45 Makan tengah hari dan Bersurai

Taklimat RLM 2009

Talimat RLM akan diadakan pada:

Hari : Selasa
Tarikh : 7 April 2009
Jam : 8.30 pagi.
Tempat : DKG 3.6

Semua pelajar yang akan menjalankan RLM tahun ini diwajibkan hadir untuk taklimat berkenaan. Jamuan tengahari disediakan. Penempatan pelajar di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan serta pensyarah penyelia masing-masing akan diumumkan semasa taklimat ini.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Noazlina Johari di Pejabat Am Bahagian Pendidikan CAS. No. Telefon 9283438.

Thursday, March 26, 2009

Test 3


Terima kasih kepada pelajar-pelajar GDM3043 (A) yang telah bekerjasama dalam beberapa siri ujian untuk laman blog ini.

Test 2

Terima kasih kepada pelajar-pelajar GDM3043 (B) yang telah bekerjasama dalam siri ke 2 ujian blog ini.

Test 1

Test page 1 'my SCHOOL'