Thursday, May 28, 2009

Sembang RLM 4.

Pelajar RLM sekelian,

1. Selamat bercuti.
Ada yang terlalu gembira seperti yang ditulis dalam 'Sembang RLM 3.'

2. Pastikan borang penilaian untuk Guru Pembimbing telah ada. Pihak Bahagian Pendidikan UUM CAS telah pun menghantar borang-borang berkenaan kepada pihak pengetua sekolah.

3. Kemaskini Buku Rekod Pengajaran anda.




Selamat Bercuti

Kepada semua pelajar RLM UUM 2009,

Selamat bercuti selama 2 minggu.

Setelah 4 minggu menjalani RLM sekolah akan bercuti selama 2 minggu. INGAT, anda ada 4 minggu lagi untuk meneruskan RLM ini.

Untuk peringatan, jika pensyarah anda belum lagi ke sekolah tempat anda mengajar maka selepas cuti nanti beliau akan mencerap anda selama 4 kali. Agaknya, dalam masa 4 minngu yang lalu anda semua telah dapat menimba serba sedikit pengalaman mengajar.

Sementara itu, ada pensyarah yang telah dapat untuk mencerap anda dalam 4 minggu pertama yang lalu. Jadikan komen dan nasihat beliau sebagai panduan untuk terus berjaya.

Pelajar sekalian boleh menggunakan ruang ini untuk menyampaikan ucapan kepada rakan RLM.

SELAMAT BERCUTI.

Tuesday, May 26, 2009

Surat Penempatan RLM ke Sekolah

SEGERA

Semua pelajar RLM,

Saya masih lagi menerima aduan bahawa pihak sekolah masih belum menerima surat penempatan rasmi RLM dari Bahagian Pendidikan UUM CAS.

Jika sekolah anda masih belum lagi menerima surat berkenaan, sila respon dalam blog ini supaya tindakan susulan dari Pejabat Am, Bahagian Pendidikan boleh diambil dengan segera.

Sekian, terima kasih.


Hasnan Hassan
UUM CAS-Education

Sunday, May 24, 2009

Guru Pembimbing

Terima kasih kepada para pelajar yang bertanya berkaitan Guru Pembimbing.

1. Guru Pembimbing disekolah ialah guru yang kelas/mata pelajarannya anda ganti/ambil untuk tujuan RLM.

2. Jika mengajar 2 subjek dari guru yang berlainan (eg. Cikgu A utk Matematik dan Cikgu B utk Teknologi Maklumat) maka anda ada 2 orang guru pembimbing.

3. Jika mengajar 2 subjek dari guru yang sama (eg. Cikgu C utk Matematik dan Teknologi Maklumat) maka anda ada hanya 1 guru pembimbing sahaja.

4. Sekiranya, tiada ada surat atau maklumat tentang peranan guru pembimbing, pelajar sekalian perlu menerangkan pada guru pembimbing masing-masing. Sila rujuk buku panduan RLM yang dibekalkan kepada semua pelajar.

5. Pensyarah anda dari UUM akan bertemu guru pembimbing untuk memberi beberapa dokumen/penerangan tertentu kepada guru pembimbing semasa lawatanya ke sekolah anda nanti.

6. Jika masih kurang jelas, hubungi pensyarah atau ketua zon RLM anda.

Sekian.

Hasnan Hassan
Bahagian Pendidikan
UUM CAS
nan1184@uum.edu.my

Saturday, May 23, 2009

Sembang RLM 3

Minggu ini ialah merupakan minggu yang ke 4 RLM.

1. Banyak sekolah telah atau sedang mengadakan peperiksaan pada minggu lalu dan minggu ini. Jadi, pada kebiasaanya pensyarah tidak akan melawat anda disekolah pada minggu ini. Pastikan Buku Rekod Pengajaran ini telah dikemaskini. Semua maklumat telah diisi, foto anda telah dilekatkan, sukatan pelajaran telah ada dan berbagai-bagai lagi yang perlu disiapkan.

2. Kepada pelajar yang belum mendaftar menjadi ahli 'myschool', silalah mendaftar. Panduan untuk mendaftar telah dipaparkan dalam blog ini. Bagi pelajar yang telah mendaftar saya ucapkan terima kasih.

3. Sila tulis nama, no. matrik dan nama sekolah anda apabila menyertai blog ini. Jika tidak ditulis maklumat ini maka sukar untuk dikesan jika sekiranya anda memohon sesuatu.

3. Bagi pelajar yang bertanya tentang aktiviti luar sekolah, maklumat terkini akan saya paparkan setelah saya dapatkan dari Pengerusi Bidang Pendidikan.

4. Untuk makluman, blog yang terkini biasanya yang paling atas sekali apabila anda membuka laman blog 'myschool'. Kliklah perkataan komen yang terletak dibawah blog terkini untuk berkongsi maklumat, bertanya soalan atau lain-lain perkara.

5. Pastinya minggu depan, anda semua tertunggu-tunggu - cuti sekolah selama 2 minggu.

Hingga Jumpa Lagi

Hasnan Hassan
UUM CAS - Bahagian Pendidikan

Pendaftaran 'member' blog myschool

Pertama sekali, terima kasih kerana mengikuti blog 'myschool' ini. Walau bagaimanapun, ramai pelajar yang mengikuti blog ini tetapi belum mendaftar menjadi 'member'. Jumlah ahli/member blog ini sehingga kini hanya 68 sahaja.

Bila lagi pelajar-pelajar yang lain akan turut mendaftar?

Langkah untuk mendaftar menjadi ahli blog ini.

1. Sila ke ruangan Follower di sebelah kanan (bawah) skrin ini.
Ada banyak foto rakan anda.
2. Klik sign in.
3. Selepas itu, klik samada untuk menggunakan yahoo, google atau lain-lain akaun
4. Isikan username
5, Isikan password
6. masukkan nama anda, add foto anda dan klik follow publicly
7. Akhir sekali klik follow this blog

Setelah selesai, foto anda akan tersenarai dalam Follower,

Selamat mencuba dan selamat menjadi ahli blog "myschool" ini.

Sunday, May 17, 2009

Sembang RLM 2

Minggu ini adalah minggu ketiga RLM.

1. Terima kasih kepada yang telah turut serta dalam blog ini. Mungkin pada minggu ini lebih ramai pelajar RLM akan turut serta dalam blog ini. INGAT - TULIS NAMA, MATRIK dan NAMA SEKOLAH anda. Hanya untuk tujuan rekod sahaja.

2. Kita telah membaca tentang rakan-rakan pelajar RLM di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan TAPI masih belum ada cerita dari rakan pelajar di negeri TERENGGANU. Hello! Apa khabar? Ada ke Internet di sekolah mereka ini?

3. Ada pensyarah dari CAS UUM telah pergi menyelia pelajar RLM di beberapa tempat dan negeri. Mungkin pelajar -pelajar ini boleh berkongsi pengalaman di ruang blog ini tentang ulasan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan!

4. Ramai pelajar yang mahukan cara atau panduan untuk mengawal kelas. Saya akan cuba mendapatkan pensyarah tertentu dari bidang Pendidikan CAS UUM untuk membicarakan hal ini. Mungkin pelajar-pelajar mahu berkongsi pengalaman yang telah mereka tempohi dalam tempoh dua minggu yang lalu di ruangan blog ini!

Sekian, hingga bertemu lagi.

Jom Blog

Terima kasih kepada para pelajar RLM yang telah turut serta menjayakan blog ini.
Ada pelajar yang hanya melawat/membaca blog ini dan ada juga yang turut serta dalam memberi respon kepada sesuatu isu dalam blog ini.

RLM telah masuk minggu ketiga dan saya berpendapat bahawa pelajar sekelian telah dapat menyesuaikan diri dengan tugas harian sebagai seorang guru pelatih. Sehubungan itu, pihak RLM berharap agar lebih ramai lagi pelajar yang turut serta dalam ruangan blog ini.

Langkah untuk memberi respon dalam blog ini:
1. Klik pada 'comments'
2. Satu kotak (dialog box) akan keluar. Tulis pertanyaan/respon/dlln.
INGAT tulis nama, matrik dan nama sekolah anda
3. Klik 'select profile'
a. Google Account - bagi yang ada e.mail google
b. Name/URL - bagi yang ada URL friendster, facebook, dlln
(mesti ingat URLnya eg http://www/. ................)
c. Anonymous (yang paling mudah)
d. Profile lain - biarkan kerana anda tidak terlibat
(*Pilih satu profile sahaja)
4. Klik 'post a comment' - dan taipkan word verification
5. Klik 'finish '
6. Jika berjaya - ayat 'Your comment was published" akan keluar

Jika tidak berjaya - sila ulangi langkah 4 dan 5 semula

Selamat berjaya kepada yang pertama kali mahu menyertai blog ini !

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat Hari Guru kepada semua guru pelatih
CAS UUM 2009.
.
Sajak untuk guru:
.
Berburu kepadang datar,
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
.
Jika hari ini seorang Perdana Menteru berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta
Jika hari ini Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mula
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
(Usman Awang, 1991)
.
Klik disini untuk maklumat dan lagu Guru Malaysia .

Thursday, May 14, 2009

Buku Rekod Pengajaran

Sila pastikan rancangan pengajaran mingguan disiapkan pada hari khamis (Kedah, Kelantan, Terengganu) dan hari jumaat (Perlis, Pulau Pinang,Perak) serta rancangan pengajaran harian untuk hari pertama minggu berikutnya (ahad atau isnin)

Kebiasaannya guru-guru akan menyerahkan Buku Rekod Pengajaran ke Pejabat Am untuk disemak dan ditanda tangani oleh Pengetua atau Pen. Kanan pada hari terakhir persekolahan setiap minggu.

Buku Rekod Pengajaran guru pelatih juga akan disemak oleh pihak sekolah. Sila tanya Pen. Kanan sekolah anda berkenaan hal ini.

Hasnan Hassan. CAS UUM

Monday, May 11, 2009

Sembang RLM 1

Berikut adalah beberapa pertanyaan dari para pelajar:

1. Saudari Nazihah bertanyakan tentang surat rasmi dari UUM.
Mengikut sumber dari Pejabat Am Bidang Pendidikan, surat-surat telah diposkan kepada pihak sekolah. Kemungkinan dalam perjalanan. Sila berikan nama sekolah tempat anda ditempatkan untuk pihak pejabat menghantar faks, jika surat masih belum diterima lagi.
Jangan lupa tuliskan nama, no matrik serta nama sekolah bila menyertakan blog ini.

2. Bagaimana nak menjadi ahli blog ini.
Senang aja. Klik di 'follower' di halaman sebelah kanan blog ini dan ikut langkah seterusnya. Sediakan gambar atau grafik untuk 'diuploadkan'.

3. Buku Rekod Pengajaran (BRP) yang baru agak nipis berbanding buku lama.
Saya akan cuba dapatkan En. Ramli selaku Penyelaras RLM CAS UUM untuk memberi respon tentang perkara ini.

4. Bagaimana untuk menghilangkan rasa gementar dan mengawal kelas.
Hari pertama masuk kelas mungkin rasa gementar tetapi setelah seminggu dah rasa ok. Guru mesti tegas semasa memberi arahan-arahan tertentu bagi mengawal murid-murid dalam kelas. Untuk persoalan ini , saya akan dapatkan pensyarah tertentu untuk berkongsi pendapat serta memberi panduan.

Sekian, hingga bertemu lagi.

RLM Minggu Pertama

Minggu pertama RLM 2009 telah berlalu. Pastinya banyak perkara yang menarik telah berlaku sepanjang seminggu di sekolah tempat anda ditempatkan.

Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan pihak sekolah terutamanya Pengetua atau Penolong Kanan, guru-guru serta murid-murid. Apa kata kita kongsikan bersama pengalaman anda di ruang blog ini.

Ada beberapa perkara yang perlu diingatkan :

1. Sila tulis nama, no matrik serta nama sekolah anda mengajar setelah menulis komen.

2. Daftarlah diruangan 'follower'. Pastikan anda bersedia dengan photo atau grafik untuk "diuploadkan"

3. Semasa taklimat RLM dahulu, pelajar diingatkan supaya menghantar komen sekurang-kurang sekali seminggu.

Jika ada apa-apa soalan sila tuliskan dalam blog ini dan saya berserta rakan-rakan pensyarah di Bidang Pendidikan, CAS UUM akan cuba menjawabnya

Selamat Menjalani RLM

Hasnan Hassan
Bidang Pendidikan
CAS UUM