Sunday, July 5, 2009

Sembang RLM 7

Minggu ini adalah minggu ke 10 iaitu minggu terakhir RLM 2009.

1. Pastikan semua latihan yang diberikan pada pelajar disemak sebelum meninggalkan sekolah.

2. Buku-buku teks atau peralatan yang dipinjam dari pihak sekolah, pastikan anda pulangkan.

3. Jumpa Pengetua/Pen. Kanan, Guru Pembimbing, Guru-Guru serta pelajar untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasanma yang diberikan sepanjang tempoh menjalani RLM.

4. MINTA DARI GURU PEMBIMBING, semua borang pencerapan, borang berkaitan maklumat guru pembimbing dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Sila rujuk buku panduan RLM. Pastikan sampul surat digam.

5. SERAHKAN SAMPUL SURAT INI Kepada Pejabat AM Bahagian Pendidikan, UUM CAS sekembalinya anda ke kampus UUM.


Raja Siti Nor Saadah di SMK Kok Lanas, Kelantan

17 comments:

  1. Salam.. Minggu ini adalah minggu terakhir saya berada di SMK Kok Lanas.. Sepanjang 10 minggu berada di sini banyak pengalaman yang dapat di timba.. selain itu, dapat mengenali guru-guru yang banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang berada di SMKKL ini.. tidak lupa juga pada para pelajar yang banyak memberi kerjasama.

    ReplyDelete
  2. NORAFIDA(103091)
    SMK HAMZAH,MACHANG
    salam praktikum...hari ni adalah hari terakhir
    saya diselia oleh pensyarah pembimbing.Alhamdulillah,saya berjaya mengajar dengan baik berkat pertolongan daripada rakan-rakan praktikal yang lain.terasa cepat masa berlalu.kenangan bersama pelajar-pelajar tidak akan pernah dilupakan dalam memori.

    ReplyDelete
  3. salam...
    SHIMAH YASIN
    SMK.SYED IBRAHIM PENDANG,KEDAH
    Minggu ni adalah minggu terakhir saya bersama-sama dgn warga SMKSI terutamanya pelajar-pelajar dari kelas 4SP..terasa cepat masa berlalu, knagan bersama kalian akan sentiasa kekal sampai bila-bila..

    ReplyDelete
  4. salam...
    nk tanya sket...
    kita kena bagi borang pencerapan yang lect ke atau borang pencerapan guru pembimbing?
    kelmarin ada la cikgu pembimbing bagi borang pencerapan dia punya tp yg fotostat..
    yg dalam sampul tu nk apa sebenarnya??
    huhu...x paham..

    e_mah
    smjk (c) chung ling
    butterworth

    ReplyDelete
  5. e_mah,

    Borang 1 beri (putih) beri pada pelajar. Ke 2 biru) atau yang fotostat tak apa tapi mesti ada markah. Salinan ini SULIT mesti dalam sampul dan bawa balik ke UUM.

    Hasnan Hassan
    UUM CAS

    ReplyDelete
  6. normazidah_103726July 7, 2009 at 9:27 PM

    minggu ni minggu terakhir saya di SMKDB...xsabar nak abes...kenangan di sekolah ni xkire kenangan pahit dan manis sepanjang praktikum xkan dilupekan...k kawan2 selamat berjumpe di kampus minggu depan..

    ReplyDelete
  7. NORAFIDA
    SMK HAMZAH,MACHANG.
    selamat meninggalkan alam praktikum..selamat meneruskan perjuangan di kampus!

    ReplyDelete
  8. salam...
    minggu ni merupakan minggu terakhir saya di SMKTAA...banyak pengalaman yang ditimba di sekolah ini..pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi semasa mengajar...kenangan dengan pelajar-pelajar kelas 2A1, 2B1 n 1C1 serta guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar tidak akan saya lupakan..terima kasih atas kerjasama yang diberikan...

    ReplyDelete
  9. en Hasnan,
    dah tak sulit dah...
    cikgu pembimbing dh bg tengok dah markah..
    huhuhu...
    patut la saya tak tau pasal sampul-sampul ni...
    td saya dh tanya cikgu pembimbing...
    dia p pos sendiri kat uum..
    sampai ati...tak bgtau pun...huhu
    kalau saya x bc blog ni, saya tak tau pun pasal sampul2..
    haha

    e_mah
    smjk (c) chung ling,
    butterworth

    ReplyDelete
  10. Minggu ini merupakan minggu terakhir saya di sek men keb Tunku Abd Aziz. Sepanjang 10 minngu saya berada di sek ini pelbagai pengalaman saya perolehi. Saya juga berharap apa yang telah saya berikan kepada pelajar-pelajar dapat di manfaatkan.

    ReplyDelete
  11. e_mah,

    Semua pelajar sepatutnya tahu tentang prosedur tersebut. Ini telah diterangkan semasa taklimat. Markah dari pensyarah pembimbin gmasih sulit lagi kan??? Kawan lain disekolah tu tak mahu berblog ke?

    H.Hasnan

    ReplyDelete
  12. Salam...
    En. banyak lak gambar saya dalam blog ni mesti ada pelajar lain yang kata lak..
    Well per pun, seronok sangat kat sekolah selama 10 minggu ni... Sedih lak nak tinggal sekolah ni, dah la pelajar pun wat kejutan ngan majlis dan hadiah2, terharu sangat2..
    Kepada kawan-kawan yang lain semoga enjoy dengan sekolah masing-masing. Ni merupakan pengalaman yang berharga dan bermakna sangat buat kita untuk posting nanti..

    ReplyDelete
  13. En hasnan...
    Em en datang x sekolah saya lepas hari tu?
    saja jer nak tanya sebab x nampak pun en.

    Norhaya
    (SMKA MELOR)

    ReplyDelete
  14. salam...hari ini adalah hari terakhir saya kt sekolah SMKAM...sedihnya nk tinggalkan students...semuanya baik2..Kepada kawan2 yang ada lagi satu sem..semoga happy dan semangat nk sambung belajar kt u..

    Haslina (106543)
    SMKA Melor..Kelantan

    ReplyDelete
  15. Risaunya...

    ada pljar yg disyaki H1N1 kat skola ni...

    SMKKK,Butterworth Penang..

    ReplyDelete
  16. Norhaya,

    Saya pergi berjumpa Pengetua SMKA Melor nak mengucapkan terima kasih kerana menerima pelajar RLM dari UUM. Dia ajak saya pergi minum tapi saya menolak kerana nak ke SMK Mulong pulak kerana nak berjumpa pengetua disana.

    Jadi saya tak sempat nak jumpa u dan Haslina di sekolah. Lain kali ajalah kita pergi minum, mungkin di sekolah u akan dipostingkan nanti.
    Selamat bergraduat dan berposting.

    H.Hasnan

    ReplyDelete
  17. en hasnan,
    saya dh paham maksud sulit tu..
    hehehe
    sy bc blk bku paduan tu smlam...
    maaf ye en hasnan...
    sy kat skolah ni sensorang..
    kena berdikari la...
    ni ari last sy kat skolah...
    dh p jumpa pengetua dh..
    sedih plak..
    tp besa la..
    perjuangan kita belum selesai..

    e_mah
    smjk (c) chung ling,
    butterworth

    ReplyDelete