Thursday, May 28, 2009

Selamat Bercuti

Kepada semua pelajar RLM UUM 2009,

Selamat bercuti selama 2 minggu.

Setelah 4 minggu menjalani RLM sekolah akan bercuti selama 2 minggu. INGAT, anda ada 4 minggu lagi untuk meneruskan RLM ini.

Untuk peringatan, jika pensyarah anda belum lagi ke sekolah tempat anda mengajar maka selepas cuti nanti beliau akan mencerap anda selama 4 kali. Agaknya, dalam masa 4 minngu yang lalu anda semua telah dapat menimba serba sedikit pengalaman mengajar.

Sementara itu, ada pensyarah yang telah dapat untuk mencerap anda dalam 4 minggu pertama yang lalu. Jadikan komen dan nasihat beliau sebagai panduan untuk terus berjaya.

Pelajar sekalian boleh menggunakan ruang ini untuk menyampaikan ucapan kepada rakan RLM.

SELAMAT BERCUTI.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..thanks Mr.Hasnan..(*_*)

    ReplyDelete
  2. Syuhada, awak tak ajak kami semua ke? Bila nak kenduri. Nak sewa bas pegi rumah U.

    ReplyDelete
  3. Saya ada menerima jemputan kahwin dari seorang pelajar UUM yang akan mengadakan majlisnya di Pasir Mas, Kelantan dalam masa cuti persekolahan ini.

    Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada beliau.

    ReplyDelete