Sunday, May 24, 2009

Guru Pembimbing

Terima kasih kepada para pelajar yang bertanya berkaitan Guru Pembimbing.

1. Guru Pembimbing disekolah ialah guru yang kelas/mata pelajarannya anda ganti/ambil untuk tujuan RLM.

2. Jika mengajar 2 subjek dari guru yang berlainan (eg. Cikgu A utk Matematik dan Cikgu B utk Teknologi Maklumat) maka anda ada 2 orang guru pembimbing.

3. Jika mengajar 2 subjek dari guru yang sama (eg. Cikgu C utk Matematik dan Teknologi Maklumat) maka anda ada hanya 1 guru pembimbing sahaja.

4. Sekiranya, tiada ada surat atau maklumat tentang peranan guru pembimbing, pelajar sekalian perlu menerangkan pada guru pembimbing masing-masing. Sila rujuk buku panduan RLM yang dibekalkan kepada semua pelajar.

5. Pensyarah anda dari UUM akan bertemu guru pembimbing untuk memberi beberapa dokumen/penerangan tertentu kepada guru pembimbing semasa lawatanya ke sekolah anda nanti.

6. Jika masih kurang jelas, hubungi pensyarah atau ketua zon RLM anda.

Sekian.

Hasnan Hassan
Bahagian Pendidikan
UUM CAS
nan1184@uum.edu.my

4 comments:

  1. NOR AISAH BINTI AYUP (104000)
    SMK HAMZAH MACHANG, KELANTAN
    Assalammualaikum wbt
    Encik Hasnan, apa yang faham mengenai guru pembimbing ialah orang yang bertanggungjawab membimbing guru pelatih. Jika guru pembimbing sibuk dan selalu tidak ada di sekolah, sudah tentu bimbingan dan tunjuk ajar tidak dapat dilaksanakan. Jadi macamana untuk saya mendapat bimbingan?

    ReplyDelete
  2. Itu adalah cabaran RLM Nor Aisah. Saya akan cuba bincangkan dengan rakan pensyarah yang lain.

    Hasnan UUM CAS-Education

    ReplyDelete
  3. Assalamuaikum, saya Erny Umira bt.Mohd Wasis dari SMK BANDAR SG PETANI ingin bertanyakan mengenai surat penempatan RLM dan borang rasmi unutk perlantikan guru pembimbing yang belum diterima pihak sekolah lagi.

    ReplyDelete
  4. Emy,

    Saya akan panjangkan ke Pejabat Am Bahagian Pendidikan UUM CAS untuk tindakan segera.

    Hasnan UUM CAS-Education

    ReplyDelete