Monday, May 11, 2009

RLM Minggu Pertama

Minggu pertama RLM 2009 telah berlalu. Pastinya banyak perkara yang menarik telah berlaku sepanjang seminggu di sekolah tempat anda ditempatkan.

Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan pihak sekolah terutamanya Pengetua atau Penolong Kanan, guru-guru serta murid-murid. Apa kata kita kongsikan bersama pengalaman anda di ruang blog ini.

Ada beberapa perkara yang perlu diingatkan :

1. Sila tulis nama, no matrik serta nama sekolah anda mengajar setelah menulis komen.

2. Daftarlah diruangan 'follower'. Pastikan anda bersedia dengan photo atau grafik untuk "diuploadkan"

3. Semasa taklimat RLM dahulu, pelajar diingatkan supaya menghantar komen sekurang-kurang sekali seminggu.

Jika ada apa-apa soalan sila tuliskan dalam blog ini dan saya berserta rakan-rakan pensyarah di Bidang Pendidikan, CAS UUM akan cuba menjawabnya

Selamat Menjalani RLM

Hasnan Hassan
Bidang Pendidikan
CAS UUM

1 comment:

  1. sedar tak sedar, dah sebulan saya menjalani praktikum.Apa yang mendebarkan saya ialah menunggu kedatangan pensyarah untuk menilai saya.Namun, debaran itu juga adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cabaran pertama saya sebelum menjadi seorang pendidik.Kepada rakan-rakan yang lain, semoga selamat menghadapi praktikum dan hadapi cabaran sebagai seorang pendidik..(103091)

    ReplyDelete