Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat Hari Guru kepada semua guru pelatih
CAS UUM 2009.
.
Sajak untuk guru:
.
Berburu kepadang datar,
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
.
Jika hari ini seorang Perdana Menteru berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta
Jika hari ini Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mula
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
(Usman Awang, 1991)
.
Klik disini untuk maklumat dan lagu Guru Malaysia .

9 comments:

  1. selamat hari guru kpd semua guru praktikal yg sdg menjalani rlm..
    gud luck!

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru Buat Semua Guru-guru Praktikal..
    Semoga Tabah Menghadapi Segala cabaran dan dugaan dalam mendidik anak bangsa..Guru Pembina Negara Bangsa..

    ReplyDelete
  3. Terharu apabila menerima hadiah pertama daripada seorang pelajar sempena Hari Guru walaupun sy tidak mengajar kelas tersebut dan hanya sebagai guru ganti...

    ReplyDelete
  4. slamat hari guru kepada semua rakan2 guru pelatih...
    bagi yang mendapat hadiah, jadikan ianya kenangan dan semangat untuk trus memilih prafesion keguruan sebagai bidang kerjaya kita semua...

    mackencidy
    104450
    SMK Sultan Muzafar Shah 1
    Lambor kanan
    Perak

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Guru untuk semua pelajar RLM UUM

    ReplyDelete
  6. Kepada semua pelajar RLM UUM, sya mengucapkan Selamat Hari Guru. Tabah menghadapi pelajar kita. Semoga berjaya

    ReplyDelete
  7. NOR AISAH BINTI AYUP (104000)
    walaupun hari guru dah seminggu berlalu..namun rasa rindu untuk menyambutnya masih terasa.. teringat sewaktu di zaman persekolahan dulu..guru-guru yang banyak membantu, ceria gembira dan duka silih berganti, semuanya dihadapi bersama guru..suatu kalimah yang sukar diungkapkan..GURU...gah sungguh namamu...Tanpa disedari rupa-rupanya sekarang ANUGERAH tersebut terpikul di bahuku...

    ReplyDelete
  8. semoga semua guru pelatih tabah menghadapi RLM..ini adalah pengalaman mengajar buatkita semua..

    ReplyDelete
  9. Salam...en.saya nk tanya minggu ni minggu exam tapi untuk tingkatan menengah rendah dah abis exam..so. macammana nak buat RPH sedangkan P&P untuk minggu ini masih belum dilaksanakan...

    Haslina (106543) SMKA Melor

    ReplyDelete