Monday, May 11, 2009

Sembang RLM 1

Berikut adalah beberapa pertanyaan dari para pelajar:

1. Saudari Nazihah bertanyakan tentang surat rasmi dari UUM.
Mengikut sumber dari Pejabat Am Bidang Pendidikan, surat-surat telah diposkan kepada pihak sekolah. Kemungkinan dalam perjalanan. Sila berikan nama sekolah tempat anda ditempatkan untuk pihak pejabat menghantar faks, jika surat masih belum diterima lagi.
Jangan lupa tuliskan nama, no matrik serta nama sekolah bila menyertakan blog ini.

2. Bagaimana nak menjadi ahli blog ini.
Senang aja. Klik di 'follower' di halaman sebelah kanan blog ini dan ikut langkah seterusnya. Sediakan gambar atau grafik untuk 'diuploadkan'.

3. Buku Rekod Pengajaran (BRP) yang baru agak nipis berbanding buku lama.
Saya akan cuba dapatkan En. Ramli selaku Penyelaras RLM CAS UUM untuk memberi respon tentang perkara ini.

4. Bagaimana untuk menghilangkan rasa gementar dan mengawal kelas.
Hari pertama masuk kelas mungkin rasa gementar tetapi setelah seminggu dah rasa ok. Guru mesti tegas semasa memberi arahan-arahan tertentu bagi mengawal murid-murid dalam kelas. Untuk persoalan ini , saya akan dapatkan pensyarah tertentu untuk berkongsi pendapat serta memberi panduan.

Sekian, hingga bertemu lagi.

36 comments:

  1. macam nak jadi lebih berkeyakinan untuk mengajar sebab bahasa inggeris kurang memuaskan?

    ReplyDelete
  2. Cuba buat latihan untuk mengajar dalam B.Inggeris di rumah dahulu. Macam mana dengan latihan semasa mini/micro teaching di kampus tempoh hari. Mungkin pandangan guru pembimbingan disekolah boleh dijadikan panduan

    ReplyDelete
  3. sepanjang menjalani latihan mengajar di sekolah ini memang seronok tetapi perasaan takut dan kurang yakin tetap ada. Banyak perkara baru yang dapat dipelajari,

    Pesanan kepada semua pelajar RLM agar dapat mengeratkan lagi hubungan baik dengan warga sekolah terutama guru-guru. Kadang-kadang kita tak perasan denagn tindakan kita ada yang menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan guru-guru sekolah.

    Sekian dulu...


    Norhaya (106612)& Haslina (106543)
    SMKA Melor

    ReplyDelete
  4. akum...saya mendapat kelas yang tercorot...dan pelajar yang agak nakal...agak sukar untuk mengawal mereka.walaupun saya tegas dan serius mereka masih berkelakuan agak nakal.apa yang saya perlu saya buat untuk mengawal mereka?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    pelajar agak nakal?
    pelajar sukar kawal?

    i think kes kita sama, dan apa yang saya dengar sek tempat saya jalani rlm adalah black list 1 kat kedah.

    memang ada berhadapan masalah tu,
    1. apa yang saya buat saya anggap saya guru biasa,bukan guru rlm,
    2. keluarkan aura keguruan
    3. jangan tekanan dan seringkali tegas dengan pelajar2 ni.
    mungkin ada lain yang saya tak sebutkan tapi do ur best

    ReplyDelete
  6. Itu adalah cabaran sebenar seorang guru walau pun hanya untuk rlm. Praktikkan apa yang telah dipelajari samasa kuliah. Psikologi pendidikan?

    ReplyDelete
  7. kami di sek perak juga terdapat pelajar nakal terutamanya pelajar cina. dahla kita tak faham bahasa mereka, lagi suka mereka permainkan. lagi satu, kami kena mengajar kelas peralihan dimana ada pelajar cina dan india tidak tahu ABC..tapi kami seronok juga kerana dapat satu pengalaman baru...disamping itu kami juga menjadi guru dua alam..pagi dan petang..sama-samala kita menangani masalah pelajar.

    ReplyDelete
  8. salam..seminggu lbh mnjalani rlm, hya 3 kelas yg saya dpt masuk mngajar sbb skolah ada hari kecemerlangan sekolah dan hari titian kasih iaitu Raja Perlis datang. so, mcm mana dgn BRP, rph tlh di tulis tp tak dpt masuk mngajar kerana pljar tlibat dgn aktiviti

    ReplyDelete
  9. kami di smk.kg kastam, butterworth...pelajar-pelajar sini lagi agresif...belajar pun tidak apatah lagi mahu mendengar kata guru...kena sabarkan diri saja...guru-guru disini pun tidak tahu bagaimana untuk mengajar pelajar disini. Ada hari perhimpunan isnin yang lalu...biasanya guru akan mengucapkan kepada pelajar yang dikasihi tapi disini guru akan mengucapkan "kepada pelajar-pelajar yang tak difahami" agak lucu juga...

    ReplyDelete
  10. RPH telah siap tetapi tidak dapat mengajar sebab Hari Ttitian Kasih.

    Sila tulis catatan di ruangan "Komen Pelajar". eg. 'P & P tidak dapat dijalankan kerana ......... '

    Sila tulis semula RPH ini apabila waktu dan hari untuk pengajaran telah ditentukan.

    Hasnan Hassan. CAS Pendidikan

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum

    pengalaman ketika masuk kelas memang best...
    tetapi banyk perbezaan dengan micro dan macro techng...
    mana taknya...
    kalo macro n micro kita leh pakat-pakat suh member kita diam n suh dorang buat baik..
    tul tak norhaya..
    tapiiii
    kalau yang real
    payahhh..
    so memang benar cabaran seorang guru memang besar
    guru kena cekang...
    tapi kita kena jugak sampaikan ilmu kpd pelajar kita
    itu hak dorang
    tol tak???

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...

    saya nak bertanya mengenai rancangan pengajaran mingguan yang perlu di buat..

    minggu pertama saya belum mendapat jadual dan hanya menjadi guru ganti bagi kelas yang tiada guru sahaja..

    di sini saya nak tahu perlukah saya membuat rancangan mingguan pada minggu pertama?

    ReplyDelete
  13. Amryah

    Kalau tidak ada jadual untuk minggu pertama maka TIDAK PERLU buat rancangan pengajaran mingguan.Tak boleh nak rancang lagi sebab tak ada jadual.

    Sila tulis diruangan harian - kelas yang anda ganti. Ada sekolah yang beri memo kepada guru-guru. Jadi kertas memo itu bolehlah dilekatkan dalam ruangan harian dalam Buku Rekod Pengajaran.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum....
    Saya selamat menjalani RLM di SMKDSAPS, Arau Perlis.Mula-mula memang rasa gementar dan takut. Bukan apa, seram bila mengetahui yang sekolah tersebut merupakan sekolah kluster di mana para pelajar merupakan pelajar terpilih atau bijak pandai.

    Satu cabaran buat saya untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan.Tetapi perasaan tersebut terhakis bila melihat sambutan guru-guru dan para pelajar di sekolah ini yang mengalu-alukan kedatangan saya sebagai warga baru sekolah mereka.

    Hari pertama RLM, saya tidak diberikan jadual waktu. Tiba hari kedua, saya diminta mengajar 5 subjek (ekonomi asas, prinsip akaun, sivik, khb (teknikal), dan ICTL). Agak banyak saya rasa, tapi saya akan cuba buat yang terbaik untuk RLM ini. Doakan kejayaan saya.

    InsyaAllah.

    Nassuria Mahidul
    72158
    Sek. Men. Keb. Dato' Sheikh Ahmad, Arau Perlis.

    ReplyDelete
  15. salam..saya diberikan subjek prinsip akaun dan ICTL..agak kecewa sikit dengan ICTL kerana kehadiran para pelajar agak tidak memberangsangkan. downlah jugak tapi antara cabaran terpaksa dihadapi.mengajarlah jugak walau hanya beberapa ornag. tapi secara keseluruhan sekolah ini bagus

    nazihah
    smk hamzah

    ReplyDelete
  16. Salam...saya nak tanya kalau dalam seminggu..mengajar hanya 3 kali sahaja..maka yang 2 hari lagi tu macammana...?Sekiranya tiada apa-apa aktiviti p&p....



    Haslina & Norhaya

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum... Saya mengajar di Tambun Tulang,Perlis. Sepanjang menjalani RLM di sini, saya rasa memang seronok. Pelajar-pelajar yang nakal dan tidak berdisiplin memang banyak. Namu begitu, saya bersyukur
    kerana kesemua pelajar di sini adalah melayu dan tinggal di kawasan kampung. Tetapi, saya masih belum dapat mengawal tingkah laku pelajar yang bermasalah sepanjang saya menjalani RLM.

    1)Bagaimanakah cara yang berkesan untuk kita menasihati pelajar tanpa memarahi mereka?

    2)Bolehkah saya menjadi seorang guru yang tegas dan sentiasa memarahi pelajar sekiranya mereka asyik bermain sepanjang pengajaran berlangsung?

    106578
    SMK Syed Ahmad

    ReplyDelete
  18. Haslina & Norhaya

    Kalau mengajar hanya 3 hari maka pastikan ketiga-tiga hari itu ada RPH. Kalau yang baki 2 hari itu tiada apa-apa maka biarlah kosong. Jika diberi kelas ganti, sila lekatkan memo tersebut.

    ReplyDelete
  19. salam
    aku dapat buku rekod persedian mengajar yang lama lah....

    tp xper ahhhhhhhh..wat jer lah

    byk keja kena buat kat sekolah nie...

    skg xder kelas...2 minggu exam...
    xder

    ReplyDelete
  20. salam encik..
    kalau saya dah buat RPH untuk hari tersebut tapi tiada student yang datang,so saya nak buat mcm mana?sebab itu memang masalah sekolah.subjek tu tak penting sangat.ICTL

    Nazihah

    ReplyDelete
  21. Nazihah

    Tulis catatan diruangan 'komen pelajar' : "P&P tidak dapat dijalankan kerana ..........."

    Sila tulis semula RPH yang sama ini pada waktu ICTL yang seterusnya.

    Perkara begini diluar jangkaan spt ada gotong royong ke, ceramah ke atau lain-lain yang menyebabkan P&P tidak dapat dijalankan

    Hasnan Hassan CAS UUM

    ReplyDelete
  22. first day in skull.
    boleh la tahan.
    tp masih blurr lg..
    n still not clear dengan kerenah pelajar yg diajar.
    seminggu dua lg ok la...

    ReplyDelete
  23. by da way, the previous comment just now is me,

    mack(104450)
    SMK Sultan Muzafar Shah 1
    Perak.

    ReplyDelete
  24. this is the second week for my RLM...
    so far so good.

    ReplyDelete
  25. di mana saya boleh cari sukatan pelajaran tahunan? adakah saya boleh dapat dari internet atau minta dari sekolah atau saya kena buat sendiri?
    thanks=)

    Ho (105690)
    SMK Kampar, perak.

    ReplyDelete
  26. our lecturer had come to observe us at smk kampar. all aspect still need lots of improvement he said. but we still enjoy being here. :)

    ReplyDelete
  27. salam..sepanjang 3 minggu di sekolah ini, banyak cabaran terpaksa di lalui sebagai seorang guru rlm. Para pelajar di sekolah ini ada yang nakal dan ada yang baik. Saya mengajar bahasa melayu tingkatan 4 dan moral tingkatan 3. Para pelajar juga ada yang tidak memberi kerjasama ketika saya mengajar walaupun dimarahi.

    ReplyDelete
  28. sukatan pelajaran tahunan minta kat guru yang ajar kelas tu pun boleh..

    ReplyDelete
  29. askum..
    sy mengajar di smk kok lanas,kelantan.Awalnya sy teruja untuk mengajar di sekolah ini.namun para pelajar memang nakal dan terlampau agresif..saya mengajar bahasa melayu dan pendidikan moral tingkatan 2. mengajar disini ckup memerlukan kesabaran yg tinggi..
    guru sekolah ini pun menyuruh cikgu praktikal membawa rotan ke sekolah..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum...spt rakan-rakan yg lain sy jg berhadapan dengan pelajar yang nakal dan agresif...jd sy mengambil inisiatif dengan mengadakan kuiz...dan peneguhan seperti gula2 dijanjikan...terbukti kaedah ini menarik minat mereka...walaupun kita tahu pelajar sekolah menengah hanya memerlukan peneguhan secara moral, tetapi untuk pelajar nakal dan agresif, mereka lebih kepada peneguhan secara konkrit, itu yg sy dapat lihat sekarang berbeza dengan pelajar kelas cemerlang...itulah cara saya untuk menanggani pelajar tersebut...wassalam

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. salam..
    seronok jgk duk sek ni..
    tp yang sedihnye kls yg hujung2 ni pljr cina ada yg x pndai berbahasa melayu..mjoritinya x pndai membaca pun..klu tanya x bg tndak balas..
    nasib baik bdk india yg 4 org ni blh la juga bg tndak balas..klu x mmg kita ckp sorg2 la.. so, mcm mn nk buat teknik2 dan pendekatan yang dah bljar kat uum?yg diorg tau salin je kat papan hitam..

    Dalam kelas wktu sbjek saya semua pljr moral x dibenarkan guna bahasa ibunda mereka..Tp yg blh bbhsa melyu ok la..yg just tau bhasa manderin je??
    Xtau la mcm mn ngan sbjek lain bdk2 mcm ni..
    exm hntar kertas kosong yang bertulis nama je lah..masalahnya dh tingkatan 4..
    Ini lah kesan daripada masa tadika n sek ren mereka ni bersekolah di sek ren (j) keb..kat rmh pun mmg dh guna bhsa ibnda..kat sekolah pun dgn kwn2 guna bahasa ibunda..dengan cikgu yang sebangsa pun guna bahasa ibunda..last2 bahasa melayu langsung xtau guna..Bhsa Inggeris pun x faham jugak..x tau la mcm mn..

    uisshh.dah mcm membebel plak..

    ReplyDelete
  33. Kita sambung di ruangan blog "Sembang RLM 3"

    Hasnan UUM CAS - Bhg. Pendidikan

    ReplyDelete
  34. Selamat Petang buat semua....
    Minggu ni semua busy dengan exam. Kami pu banyak kelas yang kena relief kelas. Kadang-kadang penat gak x sempat nak makan tapi seronok gak...
    Ada gak pengalaman jaga exam..Student lak suka tanya walaupun bukan subjek yang kami ajar..
    kami pun jawab je la apa yang patut...
    Ok la. apapun harap semua happy menjalani RLM sem ini.

    Norhaya & Haslina
    SMKA Melor

    ReplyDelete
  35. Buat Sesiapa yang berwajib...
    saya nak komen tentang buku RLM yang terkini kenapa nipis dan kualiti tak sama dengan yang dulu, Kalau katalah buku tu dah habis muka surat, perlukah photostat yang baru?

    Norhaya
    SMKA Melor

    ReplyDelete