Minggu ini adalah minggu ketiga RLM.
1. Terima kasih kepada yang telah turut serta dalam blog ini. Mungkin pada minggu ini lebih ramai pelajar RLM akan turut serta dalam blog ini. INGAT - TULIS NAMA, MATRIK dan NAMA SEKOLAH anda. Hanya untuk tujuan rekod sahaja.
2. Kita telah membaca tentang rakan-rakan pelajar RLM di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan TAPI masih belum ada cerita dari rakan pelajar di negeri TERENGGANU. Hello! Apa khabar? Ada ke Internet di sekolah mereka ini?
3. Ada pensyarah dari CAS UUM telah pergi menyelia pelajar RLM di beberapa tempat dan negeri. Mungkin pelajar -pelajar ini boleh berkongsi pengalaman di ruang blog ini tentang ulasan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan!
4. Ramai pelajar yang mahukan cara atau panduan untuk mengawal kelas. Saya akan cuba mendapatkan pensyarah tertentu dari bidang Pendidikan CAS UUM untuk membicarakan hal ini. Mungkin pelajar-pelajar mahu berkongsi pengalaman yang telah mereka tempohi dalam tempoh dua minggu yang lalu di ruangan blog ini!
Sekian, hingga bertemu lagi.
Organizational Management + Team-Building Program
14 years ago
Assalamulaikum...sy nak tanya jika sepanjang minggu peperiksaan, jika ada kelas yang tidak menduduki sebarang ujian, adakah P&P berlangsung seperti biasa @ membantu pelajar mengulangkaji pelajaran?
ReplyDeleteFar East,
ReplyDeleteTanya guru pembimbing disekolah anda berkaitan hal ini. Sekolah mempunyai peraturan tertentu dalm hal ini. INGAT - kalau menjalankan ulangkaji pun kena buat RPH juga.
Pensyarah Pembimbing(Dr.Mustapha) telah memantau kami pada minggu yang lalu. Banyak yang perlu kami perbaiki terutama sekali cara membuat RPH. Kami telah diajar membuat RPH dengan mengunakan peta minda sebagai isi pelajaran dan banyakkan soalan-soalan pengukuhan memandangkan pelajar-pelajar di sekolah ini susah untuk diberi tugasan kumpulan.
ReplyDeleteS.M.K Kg. Kastam, Butterworth P.Pinang
RPH untuk 2 minggu sudah hampir separuh daripada Buku Persediaan Pengajaran. Diharapkan pada masa akan datang pihak fakulti akan menjual buku Rekod Persediaan Pengajaran yang lebih tebal dan berkualiti.
ReplyDeletekalau buku rekod pengajaran telah habis digunakan untuk menulis RPH, macam mana kami membuat RPH yang seterusnya?? bolehkah kami gunakan ring fail untuk menfailkan RPH yang seterusnya??
ReplyDeletesaya nak tanya pada pihak pengurusan...surat daripada UUM dah di hantar atau belum? pihak sekolah telah menanyakan mengenai surat tersebut kepada saya..
ReplyDeleteamirah
sek. men. keb. sungai pasir.
saya nak tanya tentang borang penilaian...
ReplyDeleteselepas dinilai oleh guru pembimbing, adakah borang itu disimpan oleh guru pembimbing dan dihantar kepada pensyarah saya semasa pensyarah saya datang sekolah saya?
SMK Berapit, Bukit Mertajam
salam...
ReplyDeletesekarang kami seronok menjaga exam...
tekanan mengajar dapatlah juga dikurangkan..
Proses P&P tidak berjalan...
Kami hanya menunggu kedatangan Dr.Mohd Nor ke sekolah...
Berdebar-debar yang teramat...
Harap-harap semua berjalan lancar
Nazihah (100969)
Afida (103091)
Aisah (104000)
SMK Hamzah,
Machang Kelantan
Salam...
ReplyDeletesaya hendak tanya pihak pengurusan..
Apabila saya mengikuti aktiviti luar sekolah:-
soalan,
1) Adakah saya perlu mendapat kelulusan dari pihak pengurusan?
2) Adakah perlu bagi saya menuntut balik wang yang didahulukan (perbelanjaan aktiviti luar sekolah bukan perbelanjaan peribadi) dari pihak sekolah?
3) Adakah hal ini melanggar profesion perguruan?
4) Jika berlaku kes-kes kecemasan berat(kemalangan dan lain-lain)kepada pelajar praktikum,adakah kami di bawah tanggungan (pembiayaan)pihak sekolah atau pihak pengurusan?
sekat ini dahulu persoalan diajukan..
wassalam..
101757
SMK TENGKU MAHMUD II
22200 BESUT TERENGGANU D.I
saya nak bertanya..andai jadual saya pada hari ini tiada kelas, dan relief pun tiada..so di dalam buku ringkasan mengajar tak perlu buat apa-apa ker?
ReplyDeletejadual waktu mengajar saya pada hari jumaat tiada kelas. jadi saya buat RPH dalam buku persediaan mengajar untuk hari isnin hingga khamis sahaja. rasenye boleh kot...hehe
ReplyDeleteCikgu Mat,
ReplyDeleteKalau tak ada kelas hari jumaat maka tak perlu buat RPH. Kalau ada kelas ganti yang diberikan oleh sekolah, sila lekatkan memo tersebut di ruangan hari Jumaat.
Myrahso,
ReplyDeleteTidak perlu tulis apa-apa kalau tiada P&P atau ganti ganti pada hari berkenaan.
Orange,
ReplyDeleteGuru Pembimbing akan memberi satuu salinan borang penilaian kepada anda. Satu salinan disimpan oleh Guru Pembimbing sendiri dan satu salinan lagi akan diposkan kepada UUM setelah kesemua pencerapan oleh Guru Pembimbing selesai, biasanya di penghujung tempoh RLM nanti.
Amyrah,
ReplyDeleteSaya telah merujuk pertanyaan anda ke En Ramli selaku Penyelaras RLM untuk tindakan selanjutnya. Kalau minggu depan masih tak terima lagi sila hubungi Pn Norazalina Johari di talin 04-9283438. Biasanya pihak pejabat akan faks semula ke sekolah kalau masih tak diterima melalui pos
Orange,
ReplyDeleteAnda boleh gunakan 'ring file' untuk dokumen RPH sekiranya Buku Rekod Pengajaran telah habis digunakan. Sila telah memaklumkan kepada En. Ramli tentang perkara ini.
Aktiviti luar sekolah, sila perlu merujuk perkara ini kepada pensyarah lain untuk mendapat jawapannya. Harap bersabar.
ReplyDeleteSila tulis, nama, no. matrik dan sekolah setelah anda menghantar pertanyaan melalui blog ini.
NOR HASLIZA BINTI RAZALI (106598)
ReplyDeleteSEK.MEN.KEB. TG MAHMUD 2
22200 ALOR LINTANG, BESUT TERENGGANU
Assalamualaikum.W.B.T
Apa khabar kawan-kawan semua? Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menjalani RLM kepada rakan-rakan seperjuangan dan semoga dapat menjalankan tugas dengan efisyen dan efektif.
Program RLM di sek.men.Tg.Mahmud 2 telah memberikan banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya sebagai bakal guru.
Memang tidak dapat saya nafikan bahawa agak untuk menyesuaikan diri pada minggu pertama RLM. Ini kerana inilah kali pertama saya berhadapan dengan guru-guru sekolah Menengah Tengku Mahmud 2.
Namun selepas hari kedua berada di sekolah tersebut, alhamdullillah saya bersyukur kepada Allah kerana semua cikgu-cikgu di sini termasuklah pengetua sekolah dan penolong kanan sangat baik dan peramah.Mereka banyak membantu saya dalam memberikan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping tidak lokek berkongsi idea dan tips-tips untuk menjadi guru yang cemerlang.
soalan 1 : Saya ingin bertanya, pihak FSKP ada
tak sediakan elaun untuk pelajar RLM semeser ini?
Soalan 2 : Sekiranya pihak sekolah menyuruh saya mengendalikan sesuatu program, dan pada masa tersebut berlaku kecemasan atau kemalangan kepada saya, adakah pihak FSKP ada menyediakan insurans untuk keselamatan?
Sekian , terima kasih Selamat Maju Jaya...
saya ada satu pertanyaan di sini?
ReplyDeleteadakah guru pembimbing adalah guru yang kita ganti untuk mengajar?
Guru Pembimbing ialah guru yang kelasnya kita ambil/ganti untuk RLM dan kebiasaanya ialah untuk matapelajaran major.
ReplyDeleteHasnan CAS-UUM
salam..
ReplyDeletesaya ada soalan lagi di sini...
minggu depan pada hari rabu kelas yang saya akan mengajar sudah abis peperiksaan dan pada hari kelas tersebut P&P masih belum perlu saya laksanakan..saya hanya ingin menyemak markah peperiksaan dengan pelajar saya..soalan di sini, saya nak tahu perlukah RPH di buat seperti biasa..@ tidak perlu?
amirah
106603
SMKSP
salam
ReplyDeleteterlebih dahulu saya ucapkan selamat hari guru pada rakan-rakan seperjuangan.walaupun terlambt sikit ucapkan hehehe..
Saya ingin bertanya. Jika saya mengajar subjek bahasa melayu(komsas). Saya membuat aktiviti yang melibatkan pelajar tapi masa tidak memcukupi pada sesi hari itu. Adakah saya perlu menyambung aktiviti tersebut pada sesi berikutnya dan mengunakan RPH yang sama atau perlu membuat RPH yang baru untuk tajuk yang sama?
che mohd norezlan (104204)
smk mulong,kelantan
Jom kita sambung blog di "Sembang RLM 3"
ReplyDeleteHasnan UUM CAS - Bhg. Pendidikan