Saturday, May 23, 2009

Sembang RLM 3

Minggu ini ialah merupakan minggu yang ke 4 RLM.

1. Banyak sekolah telah atau sedang mengadakan peperiksaan pada minggu lalu dan minggu ini. Jadi, pada kebiasaanya pensyarah tidak akan melawat anda disekolah pada minggu ini. Pastikan Buku Rekod Pengajaran ini telah dikemaskini. Semua maklumat telah diisi, foto anda telah dilekatkan, sukatan pelajaran telah ada dan berbagai-bagai lagi yang perlu disiapkan.

2. Kepada pelajar yang belum mendaftar menjadi ahli 'myschool', silalah mendaftar. Panduan untuk mendaftar telah dipaparkan dalam blog ini. Bagi pelajar yang telah mendaftar saya ucapkan terima kasih.

3. Sila tulis nama, no. matrik dan nama sekolah anda apabila menyertai blog ini. Jika tidak ditulis maklumat ini maka sukar untuk dikesan jika sekiranya anda memohon sesuatu.

3. Bagi pelajar yang bertanya tentang aktiviti luar sekolah, maklumat terkini akan saya paparkan setelah saya dapatkan dari Pengerusi Bidang Pendidikan.

4. Untuk makluman, blog yang terkini biasanya yang paling atas sekali apabila anda membuka laman blog 'myschool'. Kliklah perkataan komen yang terletak dibawah blog terkini untuk berkongsi maklumat, bertanya soalan atau lain-lain perkara.

5. Pastinya minggu depan, anda semua tertunggu-tunggu - cuti sekolah selama 2 minggu.

Hingga Jumpa Lagi

Hasnan Hassan
UUM CAS - Bahagian Pendidikan

38 comments:

  1. Nor Aisah bt Ayup (104000)
    SMK HAMZAH MACHANG, KELANTAN
    Assalamualaikum w.b.t
    Encik Hasnan, saya nak tanya jika pihak sekolah ada membuat aktiviti yang melibatkan saya dan rakan-rakan RLM yang lain, perlukah untuk kami terlibat sama?

    ReplyDelete
  2. Nor Aisah,

    Aktiviti yang macam mana. Dalam sekolah atau di luar? Kalau dalam sekolah anda semua kena turut serta. Kalau aktiviti diluar sekolah mesti ada arahan/surat rasmi dari pengetua sekolah. Tak boleh guru ajak mulut sahaja.

    Satu lagi, guru RLM hanya sebagai pembantu dan mesti ada guru sekolah ini sebagai ketua dan berada di lokasi. Tanggung jawab sepenuhnya pada guru sekolah dan anda hanya membantu guru sahaja.
    Kalau pelajar RLM perempuan mesti ada GURU PEREMPUAN bersama dan kalau ada pelajar RLM lelaki mesti ada GURU LELAKI bersama.

    Hasnan Hassan CAS UUM _ Education

    ReplyDelete
  3. salam..

    saya ada soalan lagi di sini...

    minggu depan pada hari rabu kelas yang saya akan mengajar sudah abis peperiksaan dan pada hari kelas tersebut P&P masih belum perlu saya laksanakan..saya hanya ingin menyemak markah peperiksaan dengan pelajar saya..soalan di sini, saya nak tahu perlukah RPH di buat seperti biasa..@ tidak perlu?

    amirah
    106603
    SMKSP

    ReplyDelete
  4. Amirah,

    P&P kena disediakan tapi tulis langkah-langkah semak jawapan/soalan yang akan dijalankan. Kalau anda beri markah sahaja waktu selebihnya nak buat apa? Nanti pelajar tak dapat dikawal.

    Hasnan UUM CAS - Education

    ReplyDelete
  5. HARAPAN TINGGI MENGGUNUNG UNTUK DAPAT GRED YANG TERBAIK UNTUK RLM

    UMIKALSOM BT ZULKIFLI
    106611
    SMK SERI BUDIMAN
    KUALA TERENGGANU

    ReplyDelete
  6. Amirah,

    Maksud saya ialah RPH kena disediakan BUKAN P&P.

    Hasnan UUM CAS - Education

    ReplyDelete
  7. NOR AISAH BINTI AYUP (104000)
    Lagi satu soalan saya Encik Hasnan kalau Guru pembimbing saya menyuruh saya menyemak kertas soalan pelajar, adakah saya perlu menurut?

    ReplyDelete
  8. Umi Kalsom,

    Untuk merealisasikan harapan anda tu - anda kena berlatih untk mengajar. Satu cara ialah ajak kawan RLM anda untuk menjadi penilai dalam kelas. Suruh kawan anda duduk dibelakang kelas dan beri komen.

    Kedua, ajak Guru Pembimbng menilai anda mengajar sebelum pensyarah datang. Pastinya Guru Pembimbing akan memberi tunjuk ajar yang baik. Pakat-pakatlah dengan Guru Pembimbing anda. Bincang dengan beliau tentang perkara ini.

    Setelah ditunjuk ajar oleh rakan rlm, guru pembimbing maka tidak ada masalah bila pensyarah UUM datang untuk membuat penilaian.

    Semoga berjaya.

    Hasnan UUM CAS - Education

    ReplyDelete
  9. Nor Aisah,

    Kalau kelas dan matapelajaran itu anda yang mengajarnya maka sudah semestinya anda yang memeriksaannya. Sila dapatkan skema permarkahan dan belajar cara memeriksa kertas tersebut dengan guru pembimbing. Kalau jawapan pilihan tak ada masalah.


    Hasnan UUM CAS - Education

    ReplyDelete
  10. Umi Kalsom.

    Setahu saya, beberapa pensyarah UUM dah pergi ke Terengganu minggu sudah. Umi dibawah penyeliaan pensyarah mana? Macam mana kome yang diberikan oleh pensyarah jika sudah dicerap dalam kelas.

    Hasnan UUM CAS - Education

    ReplyDelete
  11. salam en.hasnan, jika kita mengambil 2 subjek,bermakna guru pembimbing kita juga 2orang ke? adakah mereka tahu hal ini ataupun kita yang perlu memberitahu mereka? hal ini kerana mereka juga akan observe kita kan semasa sesi P&P?

    106571
    SMK SERI BUDIMAN, KUALA TERENGGANU

    ReplyDelete
  12. fiezda,

    Saya tak pasti tentang 2 guru pembimbing. Nanti, saya akan tanya Pengerusi Bidang Pendidikan dan akan saya jawab soalan anda petang ini.

    Satu soalan yang baik dan boleh dikongsikan oleh semua pelajar RLM UUM 2009.

    Hasnan UUM CAS-Education

    ReplyDelete
  13. terima kasih en. hasnan...

    amirah
    SMKSP

    ReplyDelete
  14. Fiezda,

    Saya akan membuka satu tajuk/ruang baru berkaitan guru pembimbing bagi makluman semua pelajar RLM.

    Hasnan UUM CAS - Education

    ReplyDelete
  15. salam..
    saya ada soalan...

    borang untuk penilaian guru pembimbing nak ambik kat mana??adakah sekolah yg sediakan @ kita fotocopy dr blkg buku panduan RLM tu..

    n saya xdpt pun maklumat utk isi maklumat ketua zon...dapat buku Rancangan Pengajaran Harian yang lama..
    nk wat cm ner erk??

    sekian..terima kasih.

    ahmad s
    sek men teknik seri isakandar
    perak.

    ReplyDelete
  16. asmkm en.Hassan,
    minggu peperiksaan dh hbs,guru pembimbing sy hdk masuk kelas untuk bincang & komen jawapan dengan pelajarnya sendiri. kiranya saya tidak masuk kelas untuk subjek tersebut minggu itu. jadi apa yang harus saya tulis dalam buku rekod mengajar saya?

    ayman
    sek men keb syed ibrahim, kedah

    ReplyDelete
  17. maaf en. Hasnan Hassan.
    saya ada soalan lagi. bilakah perjumpaan dengan ketua zon bagi daerah kedah utara?

    norhashimah
    smksi, kedah.

    ReplyDelete
  18. NORAFIDA CHE MOHD ZUKI(103091)
    SMK HAMZAH,MACHANG,KELANTAN.
    salam En.Hasnan..
    Adakah saya perlu menyediakan rph untuk p&P,sedangkan pada minggu tersebut saya tidak mengajar, kerana perlu membuat ujian lisan kepada para pelajar?Harap En.Hasnan dapat menjawab soalan saya..

    ReplyDelete
  19. Norafida,

    Tulis dalam ruangan hari tersebut - menjalankan ujian lisan.

    ReplyDelete
  20. Norhasimah,

    Zon Kedah Utara- perjumpaan akan ditentukan oleh ketua zon. Saya belum dimaklumkan tentang tarikhnya

    ReplyDelete
  21. Ayman,

    Tuliskan - kelas diambil alih oleh guru pembimbing untuk mmenyemak jawapan peperiksaan. Tak perlu RPH.

    ReplyDelete
  22. Amed,

    Sepatutnya ada ruangan maklumat ketua zon. Tanya/tengok buku rekod rakan awak.

    Borang penilaian oleh guru pembimbing tu awak tak ambil dari Pejabat Am sebelum memulakan RLM dulu ke? Ada disediakan dalam sampul surat. kalau ada dlm buku panduan RLM, borang itu terlalu kecil.

    SMS pada pensyarah awak atau dapatkan yang bersaiz A4 dari rakan disekolah lain kalau mereka ada,

    ReplyDelete
  23. maaf en. Hasnan Hassan

    guru pembimbing saya tiada RPT untuk subjek pendidikan moral tingkatan 3.Hal ini kerana beliau baru ditugaskan untuk mengajar subjek tersebut. jadi apa yang perlu saya lakukan?

    ayman
    SMKSI

    ReplyDelete
  24. Ayman,

    Cuba dapatkan dari guru pendidikan moral yang lain disekolah anda. Ataupun tanya ketua panitia. Disekolah RPT mesti ada disimpan. Silalah tanyakan kepada pihak panitia.

    Hasnan UUM CAS-Education

    ReplyDelete
  25. assalamulaikum..
    en. hasnan, sekiranya kita mengajar 2 masa tp pada masa yang ke 2, pelajar akan menduduki exam. Ini telah diketahui awal kerana telah mendapat jadual exam 2,3 hari sebelum itu..soalan saya :
    - adakah kita perlu membuat rph untuk 2 masa dan menulis pada ruangan refleksi "....objktif tidak tercapai krn pelajar akan menduduki exam......" @ buat rph utk masa 1 sahaja @ hanya mengarahkan pelajar membuat ulangkaji pada masa 1 tersebut..

    terima kasih..

    106549 SMKSB

    ReplyDelete
  26. 106549 SMKSB,

    Masa PERTAMA buat ULANGKAJI. Jika masa kedua tu exam sudah tentu pelajar mahu mengulangkaji dan tidak mahu untuk belajar kerana mahu menumpukan kepada peperiksaan.

    Lagipun ini kan minggu peperiksaan.

    Hasnan UUM CAS-Education

    ReplyDelete
  27. 106549 SMKSB,

    Masa PERTAMA buat ULANGKAJI. Jika masa kedua tu exam sudah tentu pelajar mahu mengulangkaji dan tidak mahu untuk belajar kerana mahu menumpukan kepada peperiksaan.

    Lagipun ini kan minggu peperiksaan.

    Hasnan UUM CAS-Education

    ReplyDelete
  28. hanim (smk jitra)
    salam....
    en hasnan, sy amik alih kelas 3 org guru jadi sy ada 3 guru pembinbing ke?tapi hanya tuk 2 subjek.

    ReplyDelete
  29. salam..
    saya diberitahu borang penilaian oleh untk guru pembimbing akan dihantar oleh pihak pejabta am kepada sekolah.

    ReplyDelete
  30. Hanim

    Kenapa 3 org guru untk 2 subjek. 1 subjek 1 guru pembimbing sahaja. Saya belum pernah berdepan engan kes macam ini.

    Hasnan UUM CAS-Education

    ReplyDelete
  31. Norliza

    Borang penilaian utk guru pembimbing di hantar kepada pengetua sekolah. Mohon guru pembimbing berkenaan dapatkan dari pihak sekolah. Borang ini telah dihantar melalui pos kepada semua sekolah pawa awal RLM dijalankan.

    Hasnan UUM CAS- Education

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum....
    En. Hasnan, saya mengajar 2 subjek (Perdagangan / Pend.Sivik & Kewarganegaraan.. tetapi PK1 hanya memberi seorang guru pembimbing mengikut subjek yang banyak diajar iaitu Perdagangan. Hal ini kerana guru-guru di sekolah ini terlalu banyak beban tugas lain. Oleh itu beliau memberi mengikut subjek major saya..
    Soalan saya, adakah tidak mengapa satu subjek lagi tidak ada guru pembimbing?

    Nur Amy Shuhada (105913)
    SMK Bandar Sg Petani,
    Kedah.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum

    Saya ingin bertanya, dalam slip peperiksaan saya baru-baru ini tidak ada tercatat untuk kursus praktikum sedangkan saya telah mendaftar kursus tersebut. Adakah ia akan memberi kesan terhadap keputusan peperiksaan semester ini.

    Nor Hasliza Razali
    106598
    SMK Tengku Mahmud 2, Terengganu

    ReplyDelete
  34. tercabar sungguh rasanya bila berdepan dengan pelajar bermasalah walaupun kelas tersebut merupakan kelas ke2, tetapi sungguh mengecewakan. hal ini kerana hanya disebabkan seorang pelajar,proses p&p jadi terganggu. marah macamana pun, tetap wat tak tahu.. mengganggu orang lain. sampaikan saya membebel, tapi masih serupa perangainya. yang lain senyap, tetapi seakan-akan terasa hati. saya sedih sangat-sangat. saya rasa saya bukannya mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati, hanya memberi nasihat. contoh bebelan saya : "takkan awak nak kelas awak disebut-sebut hanya disebabkan awak seorang je?" susah nak control. sabar...sabar...

    ReplyDelete
  35. saya risau bila diobserve, pelajar tersebut tidak memberikan kerjasama dan still main-main...macamane nak kawal kelas bila lecturer berada di belakang.. takkan kerjanye nak marah-marah je.... memang menguji kesabaran. risaunyeeeeee...

    ReplyDelete
  36. Selamat Bercuti….
    Hepinyeeeeee….
    Yuhuuuuuu

    ReplyDelete
  37. Pelajar RLM,

    Kita sambung ditajuk blog baru SEMBANG RLM 4 pula. Saya akan memberi respons diruang sana.

    Hasnan Hassan UUM CAS-Education.

    ReplyDelete